FAQ Jom Qurban
FAQ

Anda Tanya, Kami Jawab

Syarat melaksanakan Ibadah korban adalah seperti berikut: 1. Beragama Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Berkemampuan 5. Merdeka (bukan golongan hamba) Rujukan: Mughni Muhtaj, Jilid 4, M/S 376

Hukum melaksanakannya adalah SUNAT MU’AKKADAH – iaitu sunat yang sangat dituntut melakukannya. Rujukan: Mughni Muhtaj, Jilid 4, M/S 376

BOLEH buat qurban untuk si mati, Hukumnya: sunat / sedekah pahala Niat: “aku buat qurban dan hadiahkan pahala kepada arwah”

Boleh, tetapi harus mendapat keizinan daripada orang tersebut agar ia dapat berniat. Contohnya: Seorang anak melaksanakan ibadah korban untuk ibu bapanya yang berada di kampung. Maka ibu bapanya perlu berniat melakukan ibadah korban tersebut. Rujukan: Sabil Al-Muhtadin, M/S 34

Satu (1) bahagian lembu korban hanya untuk satu (1) nama peserta sahaja, tidak boleh dikongsi dengan peserta lain. Tetapi, tiada masalah jika peserta mendaftar 1 bahagian lembu atas 1 nama bagi mewakili ahli keluarganya dengan syarat peserta tersebut perlu berniat dan berdoa semoga pahala korban itu sampai kepada mereka.

Lembu Berat Hidup : Minima 230 kg - 1,000kg>. Kambing Berat Hidup : Minima 25 kg

LEMBU: KK & Brahman. Kambing: Baka Kambing atau Biri-Biri

Tertakluk kepada situasi dan penduduk masyarakat setempat. Kebiasaannya daging korban akan diagihkan secara mentah. Jika ada keperluan untuk menganjurkan sesuatu program, maka sebahagian daging tersebut akan dimasak.

• Korban akan dilaksanakan pada Hari Raya Pertama dan 3 Hari Tasyrik berikutnya (10-13 Zulhijjah). cump Raya Korban) korbannya akan dilaksanakan pada Hari Raya Pertama 10 Zulhijjah. • Setiap pendaftar akan dimaklumkan STATUS PELAKSANAAN melalui SMS & Email. •Untuk mendapatkan tarikh spesifik, peserta boleh mengakses ‘SEMAK STATUS’ di Laman Web

Korban LOKAL: 11 Zulhijjah 1447H / 28 May 2026 (12.30pm). Korban Mekah: : 11 Zulhijjah 1447H / 28 May 2026 (12.30pm).

Ya. Setiap penyertaan akan menerima bukti pelaksanaan dalam bentuk video yang akan memaparkannama peserta tanpa dilafazkan secara kuat, kecuali jika ada permintaan. Video bukti pelaksanaan akan disediakan dalam tempoh maksimum 7 hari selepas selesai pelaksanaan.

Ya. Peserta akan menerima E-sijil secara automatik. Notifikasi akan dihantar melalui emel yang didaftarkan. Peserta boleh membuat pilihan : 1. Sijil Kayu Premium : Pilihan tersedia di borang pendaftaran **Bagi pendaftar yang memilih SIJIL KAYU PREMIUM perlu membuat bayaran tambahan RM38 (termasuk pos) untuk setiap peserta.

E-SIJIL Dalam tempoh 7 hari selepas selesai ibadah korban dilaksanakan. SIJIL KAYU PREMIUM / SIJIL BERCETAK Sijil Kayu Premium akan diposkan kepada alamat pendaftar dalam tempoh 1 bulan dari tarikh 13 Zulhijjah.

Antara lokasi sembelihan adalah di Rumah Sembelihan Veterinar, rumah sembelihan swasta, kandang, masjid dan lokasi-lokasi yang dibenarkan.

Lokasi agihan akan ditentukan oleh pihak Icon Farm Agihan akan dilakukan sama ada diLOKALITI tempat sembelihan, kawasan berdekatan atau kawasan program yang telah ditetapkan walaupun jaraknya jauh.

Daging korban akan diagihkan mengikut keutamaan iaitu diperuntukkan terlebih dahulu kepada golongan yang lebih memerlukan (asnaf) seperti rumah kebajikan, ibu tunggal, anak yatim, madrasah, penduduk orang asli dan penduduk setempat.

Boleh. Peserta yang hendak menyaksikan sembelihan mestilah berbincang dengan pihak Icon Farm lebih awal untuk membuat temujanji sebagai persediaan untuk pengasingan haiwan serta makluman kepada pihak pelaksana.

Boleh. Peserta yang hendak mengambil daging korbannya mestilah berbincang dengan pihak Icon Farm lebih awal untuk membuat temujanji sebagai persediaan untuk pengasingan daging serta makluman kepada pihak pelaksana.

Buat masa ini, urusan penjualan lembu hidup hanya boleh dilakukan melalui pegawai yang bertanggungjawab (PIC), Hafiz Hubungi : 01 3322 8811

Boleh, jika penyertaan masih belum diproses. Sekiranya nama peserta telah diproses untuk serahan ke luar negara, ianya menyukarkan kami untuk membuat penukaran.

WhatsApp JomQurban